Tuesday, April 28, 2015
Liabiliti vs Aset.
Sejak beberapa tahun ini, saya sering mencari jawapan kepada beberapa persoalan mengenai...
"kenapa beli rumah mahal?....anak baru nak sorang dua"
Kebanyakkan dari kalangan rakan sekerja yang baru bekerja kurang 10 tahun. Boleh disimpulkan jawapan mereka berbunyi begini...
"harga rumah makin lama...makin mahal, kalau beli sekarang berbaloi. Tak sampai setahun harga dah dua tiga kali ganda...untung tau sebagai aset"
Ooo...sebagai aset? Kalau begitu mungkin boleh berfikir lima enam kali selepas baca ini.
Ok....saya pun dah dapat jawapannya. Terpulang masing-masing.
Take care semua.
Sunday, April 26, 2015
Testimoni.
Minggu yang sudah, sekolah agak sibuk. Maaflah asyik bercerita hal sekolah. Beginilah nasib diri sehingga pencen, dari kecil sehingga senja menjelma memang asyik sekolah sahaja.
Apa yang saya hendak kongsikan, tiba-tiba dapat mesej dari aplikasi whatapps. Dari seorang bekas pelajar. Awalnya saya tak baca mesej tersebut. Memang sibuk. Dan gerak hati dapat mengesan mesti ada sesuatu. Sebelum bertambah tekanan per unit luas permukaan, saya abaikan dahulu. Abaikan sebentar bermaksud akan baca apabil keadaan reda sedikit.
Rupanya gerak hati tak silap. Memang benar ada hal yang dia mahukan dari saya sebagai guru kelas. Melalui seorang guru lain yang merupakan guru kelas yang sama, pelajar tersebut meminta testimoni.
Testimoni??
Apa tu? Binatang apa?
Setelah difahami bentuk testimoni dan pendapat serta pandangan. Maka keperluan testimoni hanya sekadar permintaan sesebuah universiti awam ataupun swasta. Maka tidak wajib diberi jika tidak perlu.
Maka saya balas mesej tersebut. Menyatakan saya mahu lihat dokumen sokongan untuk temuduga yang hendak dia pergi. Sah. Tiada pun sedikit perkataan testimoni.
Maka, berbalas-balas pantun bersamanya. Rupanya ada hal lain yang menyebabkan begitu sibuk nak testimoni. Sijil kokurikulum hilang. Ha? Bukan salah cikgu, bukan salah sekolah.
Kadang kala pelajar lebih pandai memanipulasikan keadaan. Tapi terperangkap sendiri apabila gagal mengekalkan pemboleh ubah dimalarkan.
Berdasarkan pengalaman temuduga saya yang tidak seberapa ini, saya dapat perhatikan pegawai temuduga tak melihat sijil kokurikulum. Berapa kodi yang kita letakkan dalam fail, berapa berat pun tidak dinilai. Sebab itulah mereka nak temuduga kita, hendak melihat kebolehan kita bercakap, menjawab soalan dan memberikan pandangan.
Sepekara lagi, percaya dengan diri sendiri. Percaya dengan rezeki Allah beri. Berdoa setiap hari. InsyaAllah, kalau dah ditakdirkan rezeki itu milik kita. Tidak akan tercepat atau terlambat. Ia datang tepat pada waktunya.
Maafkan cikgu, sebab malas nak buat testimoni.
Friday, April 24, 2015
Anak gajah saya.
Lama tak menjengah blog sendiri. Semenjak menjejakkan kaki ke sekolah berlainan spesis, memang masa 24 jam diragut sewenangnya. Jika berkelapangan, peruntukkan terbaik diberikan untuk waktu berehat diri sendiri.
Bayangkan jika setahun yang sudah, anak gajah kesayangan hanya diberikan sentuhan wangi-wangian boleh dikira dengan sebelah tangan. Giler sibuk!!! Eh tak baik, memang betul sangat sibuk dan letih.
Bagi mencari masa memberikan pil vitamin bagi memastikan anak gajah dalam keadaan sihat walafiat juga banyak ditunda sehingga tempoh yang terlalu lama. Kadang hampir dua bulan tangguh servis. Huh, kesian anak gajah ber'emak'kan saya. 😥
Tahun 2015, nasib anak gajah sebaik mungkin cuba diperbaikki. Tapi kecewa juga, servis telah lari jauh dari waktu seharusnya diberikan. Alahai.......😢😢😢😢
Hari ini, lebih dari satu jam saya duduk memberika masa duduk sampai sakit pinggang menukarkan kasut baru kepada anak gajah. Suka tak sayang? 😚😚😚
Sayangnya...ada berita sedih rupanya. Anak gajah telah sakit kaki lama rupanya, kenapa tak bagi tahu awal-awal sayang....iskkk, mujurlah minggu ini tiada aktiviti sekolah. Dapat kita berjimba-jimba....😉😉😉
Jumlah kos kita berjimba hari ini.
Kasut baru : 4 × 160 = Rm 640
Kaki baru : 2 × 160 = Rm 320
Upah + gst : Rm 130
Jumlah : Rm 1090
Okay, ini sekadar rujukan untuk akan datang. Tiada tujuan selain dari itu. Patutnya masa menukar kasut baru dua tahun sudah dicatatkan. Agar 20 tahun akan datang, saya nampak perubahan dan kos pelaburan memelihara anak gajah saya. Jika diizinkan berumur panjang.
Tata