Friday, August 30, 2013

Again!!! Country Garden : Danga Bay


Wahhh....kali kedua ke Country Garden, Danga Bay. Layan pemandangan selepas hujan lebat. Ada lagi beberapa tempat tak sempat singgah.



Ada cafe makan-makan ada rupanya. Tapi semuanya was-was rasanya. Ramai orang cina. Rakyat jelata Singapore la tuuuu....



Tengok....ada penyu kat Danga Bay. Hebat tak? Penyu dah mula migrasi sebab cantik sangat tempat ni kot...hahha..bohong je :P



Pokok kelapa pun belum sempat berkembang. Ada pondok bora-bora. Entah betul ke namanya? Nasibla....



Semestinya masuk lagi rumah contoh. Semuanya rasa nak ambil gambar. Tapi rupanya ada lagi unit yang tak masuk lagi. Rumah untuk orang bujang hanya 1 bilik dan 1 bilik air. Jadi betullah itulah kondo paling murah kat Danga Bay Country Garden. Bolehlah tempah dah...1.3 juta... ;)




Semua kedai belum buka. Masih lagi yang belakang 'under construction'. Sebab itulah tempat ini masih kosong lagi takda orang. 

Yang terakhir untuk bergambar berdua. Susah nak minta tolong pak guard ambilkan gambar. Sebab semua import dari Bangladesh dan Nepal. Kalau minta ambilkan pun, banyak fokus muka sahaja. Kami nak pemandangan sebenarnya. Huhu....





Ini kedai buku. Hikkhikkkk.....




Bulatan Gembira : Program Mentor Mentee






Program Mentor Mentee. Kali ketiga. Tujuan program ini untuk mengeratkan hubungan antara pelajar didalam kelas. Membaikki komunikasi antara mereka. Mengenal pasti masalah dan pelajar yang bermasalah. 

Sengaja membawa program ini kedalam surau. Mungkin lebih santai mungkin lebih baik. Ada beberapa pelajar yang nampak matang dan fokus untuk masa depan. Ada juga yang masih tak berganjak. Tak mengapa, semua perkara memerlukan masa. 





Thursday, August 29, 2013

UniKL-MITEC : Program Galakan Membaca Peringkat Pasir Gudang


Hari ini mengantikan Cikgu Media sekolah ke majlis Progam Galakan Membaca. Bolehlah ambil angin sekejap diluar. Sesak nafas di sekolah...cehhhh



Kalau mengikut tentatif majlis, Ketua Pengarah JPN Johor yang sepatutnya hadir dan merasmikan majlis. Tapi biasalah, orang besar kan selalu sibuk. Digantikan dengan Hajah Saadiah binti Said, unit bahagian mana saya kurang peka...hihi



Siapa budak lelaki ini? Awal majlis dia yang baca doa, tetiba keluar lagi menyampaikan sinopsis bacaan Nilam. Buku pun bukan calang-calang, buku bibliografi Tunku Abdul Rahman. Tanpa teks langsung ditangan. Jelas penyampaiannya.

Bukan setakat membaca, siap bersajak. Tambah lagi siap menyanyi 3 bahasa lagi. Memang tak silaplah dan layaklah menyandang Tokoh Nilam Bahasa Melayu Peringkat Kebangsaan.



Tuesday, August 27, 2013

Jangan lupa untuk bersyukur..




Apa yang orang lain dapat, tak semestinya kita perlu ada. Yang kita dapat pula, tak bermaksud orang lain perlu ada. Segala yang kita milikki sekarang ini hanyalah pinjaman atas rahmat dan kasih sayang Allah.

Jangan lupa diri.
 Kesusahan dan kesenangan yang kita perolehi, panjatkan kesyukuran.




Sunday, August 25, 2013

Zoo Seafood : Danga Bay


Hi, Assalamualaikum...

Sambungan jalan-jalan ke Country Garden. Sebenarnya tersalah masuk. Kami ke Danga Bay tempat peranginan yang sebelum ini sangat 'femes'. Erm...sekarang tempat ini sangat sunyi. Semua fasilitator pun dah usang. Bot dan kapal masih banyak. Ada juga yang masih diperbaharui. Dewan/Restoran tempat orang buat majlis kahwin masih ada dan aktif. Restoran seefood pun masih meriah. Tapi mini zoo entah usang je, taman rekreasi pun buruk dah.

Sunyi je kan. Ada pak guard je. Tengah hisap rokok..iskkk

Bot masih banyak. Cantik matahari. Pandai yang tangkap gambar kan...hahahaha

Singgah Restoran Seafood.  Akuarium lala.

Akuarium bapak ketam. Macam-macam jenis. Tak pernah nampak kat pasar Rengit. Jakun la jadinya...haha

Haaa...yang ini saya rasa siput babi. Masa sekolah rendah pernah nampak kat kolam sekolah. Tapi yang ini sangat besar. Eh..boleh makan ke?

Ketam lagi. Ketam batu rasanya yang ini. Buruk rupanya. Mahal harganya.

Ketam lagi dan lahi. Ada banyak jenis ketam dan loabster. Ada loabster warna ungu. Label tulis loabster Australia.  Kagum betul sebab pertama kali nampak. Hihi..

Haaa....yang ini agak pelik sangat dan sangat. Label tulis 'geoduck'. Ada cengkerang. Tapi isi cengkerang tak muat pun, siap ada ekor panjang. Apatah binatang ini. Pelik sangat.


Sekian, cerita ringkas dengan gambar yang sangat banyak. Tak perlu nak datang ke zoo lepas ini kan. Sebab setakat ini jalan le Aquaria, zoo, pusat sains negara memang tak pernah jumpa beberapa spesis pelik ini. Ok, selamat malam.




Saturday, August 24, 2013

Hari terakhir sebagai orang yang sibuk...





Bengkel FIZIK

Hari ini belajar benda baru. Bersedia menghadapi minggu baru. Berharap mempunyai kekuatan mengahdapi cabaran akan datang. Selalu dalam keadaan selamat di dalam zon selesa setiap kali menghadapi pelajar SPM. 

Mr. Lee, super senior utm yang saya tak pernah kenal sebelum ini. Berkepala Albert Einstein.  Secekap dan selaju cahaya. Sekuat daya graviti bumi. Segalanya bagi saya dan permas jaya untuk Fizik berkemungkinan akan sepenuhnya memberi tumpuan kepada arus pra-U. 

Beliau melepaskan takhta pada yang belum berkelayakan dan sangat lambat bekerja apatah lagi berfikir. Semoga ini yang lebih baik untuk dia, saya, wani dan soon serta Fizik.


Harap tahun hadapan dia masih bermurah hati mendermakan masanya untuk kami. ^,^





Friday, August 23, 2013

Country Garden : Danga Bay



Pemandangan luar kawasan. Penuh dengan pokok-pokok, bunga dan paling penting banyak kaktus besar-besar dan replika haiwan aquatik.



Menjengah hiasan dalaman kondo contoh. Ada 5 buah yang berbeza saiz, susun atur dan jumlah bilik. Ruang tamu dan dapur terbuka.



Kalau dalam bank sekarang ada duit berjuta dan tak tahu nak campak ke mana, bolehlah melabur disini. 


Marilah berumah ditepi pantai yang indah dan permai.

Lalalalalalalaaa


^,^



Monday, August 19, 2013

Seksa diri untuk kurus.


Hi, Assalamualaikum..


Selamat bersekolah semua. Hari pertama sekolah selepas berpuasa sebulan dan cuti 2 minggu. Macam kekok pula nak bangun pagi, nak masak air dan nak sarapan. Semua berlaku dalam gerak perlahan. Hurm.....

Semalam saya baca surat khabar Berita Harian.  Sempat nak kongsi pagi ini. Entah, tak tahu nak sentuh kerja yang mana. Saya rehatkan minda untuk ringgankan kepala. Cuti seminggu pun masih nak rehat. Mengada..hahahha. 



Teknik terbaru (sebab saya baru tahu) untuk kurus. Teknik meletakkan sejenis peranti di atas lidah berjahit haya memerlukan kos kurang dari RM 7000. Menurut budak perempuan yang telah memakai selama sebulan, berat badannya berkurang sebanyak 10.4kg. 

Eh berkesan kan? Pemakaian peranti ini menjadikan rutin memakan kurang selesa. Dah mengurangkan pengambilan makanan yang berat. Secara automatik mengajar pemakai untuk lebih memilih makanan sekaligus mengurangkan pengambilan makanan. 

Tapi jangan pandai-pandai nak jadi doktor sendiri main jahit lidah tau. 

Ok, jaga diri semua...





p/s : hati-hati yang baru pulang dari kampung tu yea...minggu ni jangan lupa main bola, kalau tak bulat nanti....hihi





Sunday, August 18, 2013

Facebook punca kemurungan.


Hi, Assalamualaikum..

Hari ini keluar pagi sebab ada pasar minggu. Boleh jalan-jalan sebab dah tak tahu nak buat apa dirumah selain tengok tv, makan, tidur. Paling rajin asyik layan kucing makan. Naik gemok, siap muntah-muntah budak kecik (kucing) sebab terlebih makan...hahaha


Ok..nak kongsi satu kajian selidik berkenaan pengguna Facebook.  Ini dalam surat khabar Berita Harian hari ini punya. 




Bagi pengguna tegar Facebook,  hati-hatilah anda semua. Sebab kajian ini dijalankan kepada pengguna berusia lingkungan 20-an. Salah satu sebab kemurungan disebabkan cemburu, benci diri sendiri, kurang kominukasi dan menyendiri.

Memang pun kebanyakkan pengguna Facebook,  diluar orangnya biasa-biasa sahaja. Tapi rupanya sangat 'femes' dan sangat ramai kawan di alam maya. Diluar sangat susah nak bercakap, nampak sopan dan cool. Tapi rupanya dikalangan rakan mayanya, dia sangat peramah. Pelik kan? Lagi sangat pelik bila dalam laman sosial, berani tegur sapa, bila bertembung depan mata nak tengok kita pun tak terpandang. Adeh, manusia dua alam. >. <


Langkah mengurangkan kemurungan, menurut kajian tersebut, mengalakkan perhubungan secara bersemuka dan mengurangkan penggunaan jaringan sosial.

Lepas ini boleh la gunakan blog untuk bersosial...hihi. Terpulanglah bagaimana kita mengatasi ketagiha terhadap laman sosial. Internet bagus kalau kita gunakan secara berilmiah. Kalau kita pilih yang tak bagus, maka jadi tak baguslah.

Semua yang kita lakukan hari ini mungkin kita fikir takda apa-apa kesan. Tapi cuba bayangkan sikap negatif kita kalau suatu masa nanti akan dilakukan oleh anak kita sendiri. Bagaimana?


Kalau kita nak yang baik, kita kena jadi baik. Kita tak boleh ubah dan paksa orang jadi baik.


Sekian. Selamat sekolah semua. :)



Saturday, August 17, 2013

Bagaimana ikan paus tidur?


Hi, Assalamualaikum..

Banyak perkara nak dikongsikan hari ini. Sebab banyak sangat luangkan masa dengan pakcik Google siang tadi. Macam-macam info keluar masuk.


Seumur hidup saya, saya fikirkan...ikan tak pernah tidur. Sebab itu orang tua pernah pesan, jangan makan ikan banyak-banyak nanti tak boleh tidur malam. Ha...mesti tak percaya kan. Kebetulan yang mengukuhkan kenyataan ini. Semasa sepupu saya kecil, dia memang hantu ikan...dan orangnya sangat aktif dan susah nak tidur malam. Sekarang saya kurang pasti sama ada dia masih hantu ikan dan masih susah nak tidur malam. Kalau aktif tu memang masih lagi. Rajin main bola tiap petang.


Berbalik kepada persoalan bagaimana ikan paus tidur. Ikan paus ni ada gaya rupanya kalau nak tidur. Tengoklah gambar dibawah.




Tak sangka begininikan paus tidur kan. Subhanallah.. Hebat ciptaan-Nya. 



Sekian, jaga diri semua......


Siapa yang gila?


Hi, Assalamualaikum..

Raya dah masuk hari kesepuluh. Takda dah orang datang raya. Sunyi sepi rumah. Kawan-kawan ramai yang dah masuk kerja isnin lepas. Lusa hari isnin, sekolah dah mula dibuka...hoho....sekolah sekolah....hoho


Abaikan cerita sekolah, tadi kebetulan jalan-jalan dengan pakcik Google,  masuk blog entah siapa punya, terjumpa satu cerita kelakar yang ada buat rasa 'konfius' juga. 


Ceritanya begini....dan diringkaskan dengan penambahan ajinomoto...maka jadi begini.


Disebuah kampung terdapat seorang pemuda yang baru sahaja pulang dari menghabiskan pengajiannya di Mesir. Entah mendalami pengajian apa, orang kampung pun kurang pasti. 


Oleh kerana dia baru sahaja pulang ke kampung, belum sempat beramah mesra dengan penduduk kampung. Ada beberapa penduduk kampung yang menganggapnya sombong. Tak kurang juga, sikapnya yang seperti menyendiri di rumah dan hanya keluar rumah untuk masjid, menganggapnya seperti orang gila. 


Terjadilah kejadian suatu pagi lebih kurang jam 10 pagi dia melaungkan azan di masjidnya. Kecoh sekampung dengan kedengaran azan disiang hari, semua pakat-pakat datang masjid beramai-ramai menjenguk gerangan siapakah yang melaungkan azan jam 10 pagi.


Seorang pakcik dengan marah-marah menegur pemuda tadi. 
"ooi budak gila, ko ni mimpi ke apa...dah siang buta ni..laungkan azan?"

Pemuda tersebut menjawab.
"Eh? Tadi azan subuh pukul 6....cuma 5 orang je yang datang...ni jam 10 pagi...ramai pulak yang datang..."


Keseluruhan cerita ini, siapa sebenarnya yang gila eh? 



Sekian, selamat hari raya semua. Maaf zahir dan batin.


Thursday, August 15, 2013

Memepas dalam belanga.


Hi, Assalamualaikum...


Cuti sekolah, jangan lupa buka buku. Naik sekolah dah mula percubaan SPM. Dalam kepala pening juga bagaimana prestasi budak-budak rebina. Bagi saya mejadi masalah bila soalan percubaan, cikgu yang mengajarnya yang kena sediakan. Bagaimana nak melihat tahap pelajar berbanding rakan sebaya sekitar Johor? Macam-macam ahli majlis pengetua ni. Semakin menjadi pengetua semakin pelik kematangan kepimpinan mereka rupanya.


Abaikan masalah sekolah selagi masih bercuti. Masalah tempat kerja, masalah sekolah kita tinggal di sekolah. Naik sekolah baru mula fikirnya yea.


Hari ini belajar perkataan baru. MEMEPAS. Surat khabar Berita Harian muka surat 32. Semalam punya, tapi konon sibuk tak sempat nak dibaca.


Memepas maksudnya memancing atau mengail. 'Memepas dalam belanga' pula suatu peribahasa melayu lama. Memang kali pertama tahu ni. Kenapa pula memancing dalam belanga kan? Banyak lagi tempat nak dibuat memancing kan.





Peribahasa 'Memepas dalam belanga' bermaksud mengambil atau mencari keuntungan daripada keluarga, saudara dan rakan sendiri.

Contohnya seperti fenomena berniaga secara sistem piramid. Mungkin lebih tepat berniaga MLM. Habis semua mak, ayah, adik beradik, sedara dan kawan disapunya masukkan sebagai 'downline'. Ada yang saya kurang berkenan yang seakan-akan memperlekehkan kita yang tak berminat nak berniaga seperti mereka. Bukan semua orang ada bakat meniaga kan. Orang dah tak berminat, tak perlulah pujuk sampai nak pengsan hari-hari cari kita macam berhutang pula..hiksss...


Itu sahaja. Sama-sama kongsi ilmu. 

Jaga diri semua... ;)



Monday, August 12, 2013

Gambar raya dr YB.


Hi...Salam Aidilfitri,

Assalamualaikum...semoga semua yang tertiba-tiba membaca post ini dalam keadaan sihat walafiat. 



Post ini tidak memerlukan sebarang komen. Dah baca dan tengok, sila tutup terus...haha..

Sunday, August 11, 2013

Raya zaman sekarang...


Hi, Assalamualaikum....

Salam Aidilfitri. Hari ini ahad sudah. Tahun semakin berubah meriah raya. Mungkin berkadar terus dengan usia yang semakin bertambah. Meriah hanya di zaman kanak-kanak dan dibangku sekolah. 

Tapi....budak zaman sekarang pun beraya dengan cara baru. Cara mereka sendiri. Semua semakin berubah...






Wednesday, August 07, 2013

Ramadhan yang pergi...syawal menanti..


Allah Maha Besar !!
Allah Maha Besar !!
Allah Maha Besar !!

Dan segala puji-pujian hanya bagi Allah.

Ramadhan telah pergi, meninggalkan kita dengan Syawal. Semoga pemergian Ramadhan tahun ini lebih bermakna dan memberi kesan   kearah perubahan yang lebih baik. Semoga Allah memberkati segala usaha baik yang berterusan.





Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin